KETERANGAN NAMA BERAS TITIH
“Nama TITIH ini dicadangkan kerana memandangkan semangat kental yang ditunjukkan
oleh masyarakat Brunei yang suka bertani iatu bertanam padi. Aktiviti bertanam padi ini
telah dipraktikkan dari zaman dahulu lagi hinggalah sekarang, iaitu menggunakan cara
tradisional sehinggalah adanya cara moden.
Secara tidak langsung, perkataan TITIH juga melihatkan jati diri masyarakat Brunei
yang sangat gigih berusaha di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Maka dengan berlatar belakangkan kegigihan (jati diri) orang-orang (masyarakat)
Brunei dalam bercucuk tanaman inilah saya menamakan beras baharu ini dengan
nama, BERAS TITIH.
Keterangan daripada Abang Hariz bin Abang Hadzman
Pemenang Pertandingan Mencipta Nama Beras
Anjuran Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
ULASAN PANEL HAKIM
TITIH merupakan perkataan Melayu Brunei yang membawa pengertian rajin dan
cermat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini menggambarkan sifat titih dalam jati
diri orang Brunei itu sudah tertanam sejak turun-temurun dan sudah sebati dalam diri
mereka terutama dalam melakukan apa jua pekerjaan yang berkebajikan.
Sesuai dengan suasana sekarang, sikap TITIH harus ditonjolkan dan diperkenalkan
kepada generasi muda, agar mereka faham dan mengambil iktibar yang sebaiknya
daripada titih atau ketitihan orang-orang tua Brunei yang rajin, cermat dan selalu berkarih
dengan sabar dalam melakukan apa jua pekerjaan yang menjadi sumber rezeki untuk
menampung keperluan keluarga, di samping menjadi sumber pendapatan.
Perkataan TITIH juga harus dipertahankan dan disebarluaskan melalui nama barangan
yang bersesuaian termasuklah nama jenama BERAS TITIH. Dengan demikian usaha
ini akan dapat memperkenalkan nama tersebut bukan sahaja di dalam negara malah
juga di luar negara.
Berdasarkan pandangan tersebut, panel hakim telah sepakat untuk menulus perkataan
BERAS TITIH untuk diangkat menjadi pemenang dan sekali gus dicadangkan sebagai
nama baru bagi Varieti Beras Hibrid Pertama.
KETERANGAN BERAS TITIH
Ketinggian pokok (cm) 107.6
Tempoh Kematangan (hari) 115
Jumlah Tangkai Padi 15
Panjang Biji Padi (cm) 1.07
Lebar Biji Padi (cm) 0.233
Timbangan seribu butir (g) 24.26
Purata Hasil 5.65
Keterangan kandungan nutrien bagi Beras Titih
KANDUNGAN NUTRIEN
Tenaga (Kcal) 349.3
Protein (g) 8.8
Lemak (g) 0.3
Karbohidrat (g) 77.8
Serat (%) 0.3
Excerpt from DEPARTMENT OF AGRICULTURE and AGRIFOOD, Ministry of Industry and Primary Resources.